Ayam Salai Masak Lemak Cili Api

Pernah pergi restoran cili api tak? My fav place for lauk pauk nogori. Pedas & sedap. Yang x makan pedas takyah gi. Berpeluh kang haha. So my fav dish there is daging salai masak lemak. Pegh toksah citer la sedap diaaaa. I can eat the lauk only je kot. So here is the version for ayam salai. Sama je, if nak tukar daging boleh salai daging terus. So macam mana kaedah salai ni sebenarnya?? Rumit sangat ke? Or kena ada alatan menyalai ke? Kat rumah mana adaaaa. Dont worry tapi yang penting korang kena ada jaring2 untuk BBQ tu. Selalu yang orang guna untuk ikan bakar tu. Kalau takde jugak try jela manual asalkan luar keliling ayam potong tu ada hitam2 terbakar ok jugak. I only used dapur api tu je nak menyalai. Tak kuasa laa guna arang haha. But yeah arang lagi sodap anddd lagi payah to handle ok so just keep it simple. So jom tgk ingredients dulu okayyy :)



Ingredients :

1/4 ayam (2 pcs) (kiranya 2pcs bahagian quarter or 3pcs peha ayam pun boleh)
Sedikit garam untuk perap.

Bahan-bahan A
1biji bawang besar
4biji garlic
10biji cili api (bergantung korang nak pedas mana)

Bahan-bahan B
1inci halia (dihiris tebal)
1helai daun kunyit
1ketul serai (diketuk)
1/2 tbsp serbuk kunyit babas

Salt&sugar to taste
2 ketul asam keping or 1inci asam jawa (buat perahan)
1/2 kotak santan apa2 jenama (kotak size kecik tu)

Cara-cara :

1. Ayam tu perap dengan garam sikit, salai atas api sampai hitam2 sikit macam bbq tu. Ketepikan. Jangan risau dalam dia x masak ke apa sebab memang tak masak pun haha.

2. Blend kesemua BAHAN A tadi. Panaskan periuk and tuang sikit minya dalam 3 tbsp. Tumis semua bahan blend tadi.

3. Masukkan pula BAHAN B and kacau, boleh tambah air dalam 1 cawan. Biar dia masak sat dalam 5mins. Time ni korang perisakan la etak garam gula dulu. Secret recipe dia is from the masam2 asam keping or asam jawa. So untuk orang yg takleh brain masam2 ni letak dulu sikit2 kang masam sgt korang tak suka. Biar boil and rasa sedap tak?

4. Api sederhana je ya. Kalau dah sodap masukkan ayam salai tadi. Biar dia masak dalam 6mins.

5. Lastly, letak santan kacau rata. Biar dalam 5mins boil and siap!


TIPS & TRICKS

1. Kaedah masak ni boleh apply for masak lemak biasa jugak.
2. Kalau taknak pedas, takyah letak cili je.
3. Kalau nak kuah pekat, before letak santan tu kuah dalam periuk jgn byk sgt.
4. Kalau suka cair2, kuah dalam periuk tu lebihkan sedikit before ltk santan.
5. Kalau takde serai, daun kunyit, halia ITS OKAY haha. Bedal je.
6. And certain recipes guna cekur untuk rasa lagi umphhhh. Korang boleh try google benda tu.



Paru Goreng Sambal

Selalu tak korang rasa if beli lauk paru kt kedai macam tak cukup je. Amik ciput je tapi mahal? Yup paru goreng or masak apa2 pun normally memang mahal idk why. Maybe sebab permintaan tinggi kot. So what kinda texture paru tu korang suka? Rangup betul mcm keropok? or...... lembut sangat or so-so?

So here is the simple recipe. You guys can buat sambal ni makan dengan apa2 pun ayam, daging, sotong or udang. Sambal tu yang penting guys.




Ingredients (2 orang makan) :

500g paru mentah (rebus, ketepikan)
Sedikit serbuk kunyit & garam utk perap.

Bahan A
1biji bawang besar
3biji bawang putih
10tangkai cili api (normally hijau kecik tu)
8tangkai cili padi (merah yang besar tu ye)

1/2 cawan minyak masak
sedikit asam jawa
garam, gula, perisa

Instructions :

1. Paru tadi boleh potong saiz besar2 penumbuk korang & rebus. Cara nk tahu masak is when the paru turns kelabu. Biar rebus dalam 15-20 mins jugak. Toskan dan potong la size kecik2 nipis2 ikut macam mana korang suka. Gaul dengan garam & kunyit secukup rasa dan boleh digoreng ikut api sederhana.
p/s : Waktu goreng biar la lama sikit. Try la rasa satu paru yg siap goreng. If korang suka lembut goreng jap je. If suka rangup ye lama lagi gorengnya. Cara goreng paru sama je amount minyak dia for goreng ayam. Lepas goreng ketepikan. Jgn korang ngap pulak haha.

2. Blend je semua bahan A ni dgn sedikit air kosong jgn hancur sgt.

3. Masukkan minyak, api sederhana. Minyak panas je masukkan la kesemua bahan A tadi. Tumis dia kacau2. Jgn berair sangat sebab korang nak buat sambal kan bukan berkuah.

4. Dalam 10mins kacau2 tgk cili mcm dah nak masak, masukkan asam jawa tadi. Asam jawa tu campur sikit dgn air kosong bg dia jadi paste cair. Then gula garam perisa. Try ler rasa sedap ke x. If its nice then tutup api siap ! Boleh la digaul bersama paru goreng tadi hehe.

Tips Penting :

- Sambal tak perlu banyak air. Kiranya pantang dia lah. So if boleh limitkan penggunaan air.
- Sambal ni banyak main dengan minyak. So masa tumis tu takpe if berendam dgn minyak.
- Untuk rasa masam boleh je ganti dgn perahan limau.
- Jgn tumis garing tau nanti cili jadi garing sangat dahh sambal nya tak jadi haa sudah !
- If desired bole tambah halia, serai, daun limau, daun kari. Haa rasa lain sikit :)

Mostly sambal terlalu banyak jenis! And if korang ubah sikit je cara dia, even a slightly bahan pun compem lain rasa dia. Ive tried the exact same recipe but method lain. Memang xsama rasa dia ok.. For sambal ayam penyet i have this legendary recipe since gua niaga lagi. Nanti ada masa gua update ! Hopefully korang berjaya buat sambal yg bersarang dalam kepala korang tuuuu. Babai

Laksa Penang

Imma dropdead laksa lover. I could eat like 10 mangkuk in a day haha. Lagi-lagi if guna laksa basah. Sekali slurppp vanished terus dalam perut. So ive been making this recipe since decades & ive been sharing this same recipe to friends and families.

First of all in this recipe i used sardin dalam tin tu. Yes sardin yang dah processed tu haha. Sebab it makes my job easy ! I already did many 'try n error' with this recipe till i finally came up with dis one. You guys should start trying bcs recipe ni sangat lah mudah.

So wifout wasting your time , here is cara mudah buat laksa. Saya terangkan untuk newbies jugak ye so a bit pajang lebar haha. Happy trying.


Ingredients :

1 peket laksa basah ( basuh and tos , rebus air untuk masak laksa dalam 5min then toskan)

Bahan A
1 genggam cili kering (rebus dan tos)
3biji bawang besar
5biji bawang putih

Bahan B
2tangkai serai (diketuk)
2tangkai bunga kantan
1ikat/peket daun kesum

Bahan C
3ekor ikan kembong size sederhana (rebus dan asing isi & tulang)
1tin sardin besar (ikut brand apa korang suka)

Optional  :
1inci belacan
2 @ 3 keping asam keping
Petis udang

Cara-cara :

1. Blend kesemua Bahan A tadi. Dalam satu periuk sederhana tinggi, tuang sedikit minyak dalam 3 sudu besar. Tumis Bahan A sehingga naik bau. Masukkan air kosong 2 cawan. Biar dia masak.

2. Masukkan kesemua Bahan B pula. Bunga kantan tu saya prefer potong 4 sahaja. Potong separuh, then potong separuh lagi. Batang bunga kantan potong besar. Daun kesum kalau nak sedap kena petik daun tu from batang. From my experience kalau taruk sekali semua dia rasa pahit sikit. Terpulang.

3. Kalau air kuah mcm kering tambah 2 cawan air kosong lagi. Biar reneh sampai mendidih sebab kita nak masak cili tu lama sikit. 

4. Ambil isi ikan sardin, asingkan dari sos dia. Sos dia tu jgn buang dulu. Boleh tambah dlm kuah laksa untuk penambah perisa. Blend isi ikan sardin bersama isi ikan kembong tadi dengan 1 cawan air kosong. Blend dalam 15 saat atau sampai isi ikan lumat.

5. Tuang ke dalam kuah laksa tadi dan kacau. Haa time ni tak payah citer laa bau diaa mcm nak makan time tu jugak !

6. Tulang ikan tadi blend dgn air sampai lumat. Tapis and ambil air dia sahaja dan masukkan dalam kuah laksa tadi. Here comes the prob for newbies, but dont worry kuah laksa akan jadi pekat, so tambah ler air kosong sikit2 sampai dapat kepekatan yg korang nak. Senang right? Kalau suka kuah cair2 tambah extra air. Terpulang.

7. Kuah tadi letak garam & kalau yg prefer a bit manis boleh tambah gula sikit. Asam keping, petis udang & belacan optional untuk yg prefer kaw lagi. For me rasa masam2 dah ada sikit maybe dari bunga kantan and daun kesum kot haha. 

8. Biar reneh kuah lama sikit. Kalau kuah berbuih jgn risau. Ambil buih tu dgn senduk and buang je.

9. Lastly kalau rasa kurang umphh boleh tambah kuah sardin tu sikit2. Siap ! Boleh la korang makan dengan telur rebus, timun, bawang merah hiris, salad, cili api dan perahan limau. Saya cukup kuah tu je huhu. And kalau kurang rasa jugak !! Guna lah PASTI SEDAP haha. The solution to every prob.