Laksa Penang

Imma dropdead laksa lover. I could eat like 10 mangkuk in a day haha. Lagi-lagi if guna laksa basah. Sekali slurppp vanished terus dalam perut. So ive been making this recipe since decades & ive been sharing this same recipe to friends and families.

First of all in this recipe i used sardin dalam tin tu. Yes sardin yang dah processed tu haha. Sebab it makes my job easy ! I already did many 'try n error' with this recipe till i finally came up with dis one. You guys should start trying bcs recipe ni sangat lah mudah.

So wifout wasting your time , here is cara mudah buat laksa. Saya terangkan untuk newbies jugak ye so a bit pajang lebar haha. Happy trying.


Ingredients :

1 peket laksa basah ( basuh and tos , rebus air untuk masak laksa dalam 5min then toskan)

Bahan A
1 genggam cili kering (rebus dan tos)
3biji bawang besar
5biji bawang putih

Bahan B
2tangkai serai (diketuk)
2tangkai bunga kantan
1ikat/peket daun kesum

Bahan C
3ekor ikan kembong size sederhana (rebus dan asing isi & tulang)
1tin sardin besar (ikut brand apa korang suka)

Optional  :
1inci belacan
2 @ 3 keping asam keping
Petis udang

Cara-cara :

1. Blend kesemua Bahan A tadi. Dalam satu periuk sederhana tinggi, tuang sedikit minyak dalam 3 sudu besar. Tumis Bahan A sehingga naik bau. Masukkan air kosong 2 cawan. Biar dia masak.

2. Masukkan kesemua Bahan B pula. Bunga kantan tu saya prefer potong 4 sahaja. Potong separuh, then potong separuh lagi. Batang bunga kantan potong besar. Daun kesum kalau nak sedap kena petik daun tu from batang. From my experience kalau taruk sekali semua dia rasa pahit sikit. Terpulang.

3. Kalau air kuah mcm kering tambah 2 cawan air kosong lagi. Biar reneh sampai mendidih sebab kita nak masak cili tu lama sikit. 

4. Ambil isi ikan sardin, asingkan dari sos dia. Sos dia tu jgn buang dulu. Boleh tambah dlm kuah laksa untuk penambah perisa. Blend isi ikan sardin bersama isi ikan kembong tadi dengan 1 cawan air kosong. Blend dalam 15 saat atau sampai isi ikan lumat.

5. Tuang ke dalam kuah laksa tadi dan kacau. Haa time ni tak payah citer laa bau diaa mcm nak makan time tu jugak !

6. Tulang ikan tadi blend dgn air sampai lumat. Tapis and ambil air dia sahaja dan masukkan dalam kuah laksa tadi. Here comes the prob for newbies, but dont worry kuah laksa akan jadi pekat, so tambah ler air kosong sikit2 sampai dapat kepekatan yg korang nak. Senang right? Kalau suka kuah cair2 tambah extra air. Terpulang.

7. Kuah tadi letak garam & kalau yg prefer a bit manis boleh tambah gula sikit. Asam keping, petis udang & belacan optional untuk yg prefer kaw lagi. For me rasa masam2 dah ada sikit maybe dari bunga kantan and daun kesum kot haha. 

8. Biar reneh kuah lama sikit. Kalau kuah berbuih jgn risau. Ambil buih tu dgn senduk and buang je.

9. Lastly kalau rasa kurang umphh boleh tambah kuah sardin tu sikit2. Siap ! Boleh la korang makan dengan telur rebus, timun, bawang merah hiris, salad, cili api dan perahan limau. Saya cukup kuah tu je huhu. And kalau kurang rasa jugak !! Guna lah PASTI SEDAP haha. The solution to every prob.